Sunday, February 20, 2011

suka NOS no 3 - Nostalgia Seroja (1st timer)

 blok umah kafi kalau x silap ni, gamba blog umah aku xde
hahhahahha
taman permainan tempat barbuddin ngan awek2 beliau berdating
SEROJA Bukit Jelutong Shah Alam
tempat yang aku rasa sangat bermakna dalam hidup aku
3 tahun aku hidup dekat bumi shah alam yang mengajar aku banyak benda
persahabatan, kejujuran, dan jugak hidup sebagai orang bujang
kat sini aku nk cerita perkara2 yang significant dalam hidup aku dekat sana
kebanyakkan 1st timer aku berlaku ketika aku di seroja
izinkan hamba menulis dalam point form kerana hamba sangat malas mengarang ayat2 panjang
lenguh jari ooo
hahhahaha


  • 1st day sampai kampus KUTPM (nama lama MSU) dalam hati aku cakap " ni universiti ape macam rumah kedai je ni?? da la warna warni macam tadika PATI kat umah aku je" mode : menyesal gila babag rasenye blah dari UMS
  • 1st time aku kne kencing kaw2 mase orientasi bila dengarlabon datuk sang wira berkepala botak tentang kampus baru MSU yang bakal siap hanya dalam tempoh setahun ( penipu nye dak botak)
  • 1st time jumpe dengan Slash, bus driver kolej - seroja yang maha kerek sebb kalau terrtinggal or lambat seminit pon die blah je
  • 1st time berjumpa n tinggal  bersama Udje, Mami, Barbuddin, Atokken, ngan Aripipiprazole (name ni gua reka sendiri kat Arip eh. sila jgn marah ye hahahha) mode: bole tahan budak2 ni mcm satu kepala je ngan aku. mmg kewl dapat kawan ngan korang sume
  • 1st time aku masak sebagai orang bujang. aku masak kari ayam kalau x silap.selama aku hidup ni jadi tukang kacau gulai kalau mama n opah suruh je or masak sunny side egg je ngan megi. mode: bangga gila mase 2 sebb kari aku edible n xde orang mati bila makan kari aku
  • 1st time belajar dalam rumah kedai dekat annexe n kolej. dont have proper equipment nor fixed time table. mode:rase macam gampang n  menyesal sebb amek course kat KUTPM
  • 1st time aku kne conduct musical theatre. mase 2 mmg rase yang amat gampang skli sebb aku mmg zero foundation in musical art.da la kne lantik jadi director lak. hampeh betol. tapi mase 2 aku rase paling best dalam hidup aku sebb dapat knal kawan2 klas ngan buat sesuatu yang jauh dari norma kehidupan seharian aku
  • 1st semester adalah masa dimana aku x dapat dean list sedangkan 90% dak klas aku dapat dean list. mode: rase diri ni sangat bangang berbanding ngan kawan2 klas yang laen
  • 1st time aku ride moto long distance secara solo dari ipoh ke shah alam dalam hujan lebat sepanjang perjalanan. mase2 aku rase sangat alive ala2 mat rempit  macam Jamal abdillah dalam cerita Azura. mode: kebas gila babi aku nye groin n genital area n 50% populasi sperma aku mati akibat vibration antara seat Honda EX5 dengan tarmac lebuh raya yang maha dahsyat dari 4 jam perjalanan tanpa henti
  • 1st time aku break up dengan awek aku masa 1st year. mode: baru2 belajar bercinta
  • 1st time berpuase secara bujang tanpa juadah berpuase yang sedap2.kaau x silap aku dalam 15 ramadhan baru kitorang buat tradisi makan berbuka dekat masjid bukit jelutong hari2.faiz gemok nye idea kalau x silap bukak puasa kat sana. mode: rindu nk makan kat umah sendiri
  • 1st time bukak puase kat masjid bukit jelutong. terkejut yang makann sangat sedap dan mewah.appetizer makan pizza dominos. gila kentang nye tahap heaven bila bukak puasa kat sana. 
  • 1st time jumpe pakcik lagend bukit jelutong. secepat mana pon kitorang rush nk amek makann judah berbuka puasa pas solat maghrib kitorang x leh challenge die nye kecepatan utk dapat tempat pertama orang yang merasmikan juadah. mode: pakcik ni aku syak die x semayang maghrb jemaah kot. (mintak maap eh pakcik legend sebb aku megumpat pakcik eh. hahhahhaa)
  • 1st time masuk klas Dr Pallavi dan 1st tme aku n da geng jadi target die mase 1st class. gampang betol die 2. emo x tentu pasal. padan muka sebb gua lepas 2 x pernah attend selai pon lab die. hahahh. nasib exam gua pass die nye lab waima x pernah datang n amek kuiz n test die. mode: aku rase die nak jadikan aku jambu die la. haahhahahah
  • 1st time jumpe Yem Rasoool ( lect immuno yang paling serabut skali dalam dunia) tiap2 hari kelas mesti die xnk ikot tie jadual so terpakse ala aku ngan husna kne cari klas kosong n bgtau die supa ya buat klas. nasib baik die 2 jenis baik x emo2 kalau x mesti aku da banned klas die
  • 1st tme pedajal udje masa bday die. kitorang tinggalkan die kat bulatan kayangan dekat kelab selangor pulol 12 tgh mlm. semua ni idea mami tau udje. tp paling LOL sebb mmg real punya udje emosi duduk sorang2 kat situ( detail cerita ni nnt aku cerita kat post akan datang) mode: mintak maap udje
  • 1st time g makan besar kat kdai seri bunga dengan my broda from different mother (geng2 aku la). wajib makn dua dish ( fevret aku megi goreng double dengan telur mata = nasik goreng thai lebih segala2nya). sampai akak seri bunga tu kau tengok muka aku da tau aku nk order ape
konon khusyuk dengar cara2 nk dissect mayat hahhaha
  • 1st timist tie join dissction class kat UKM. pedih gila mata dalam mortuary 2. hahhahahae 
  • makan ais kacang bubble seksyen 2 shah alam. aku paling suka dengan brader indon 2 nye gaya tarik pelanggan "ais kacang panas' hahahha
  • 1st time aku jual minyak kat kolej (literally minyak angin) masa course research project. x sangka aku ade bakat menjual minyak angin sampai ari 2 mmg abes langsai minyak angin yang kiorang jual. kepada geng2 rumah 7jama, ika dengan udje. nice la kita nye usaha sebb jadi most profitable group at that day
  • 1st tme eksiden moto sebb nyaris mengelak anjing hitam dalam terowong gelap mase pagi subuh waktu aku nk balik ipoh dekat highway guthrie. dengan cedera2 sambil moto EX5 aku calar bbalar aku tetap riding sampai ipoh. mase2 mmg tahan je sakit selama 4 jam lebih. mase aku berenti eli air kat hentian rehat, sampai pekerja PLUS tegur aku "eksiden moto ke bang??" sebb tengok baju n seluar aku koyak dan berdarah2
  • 1st time ade hubungan romantika sesama rakan sekelas n hubungan 2 terputus ditengah jalan. mode: bangang betol kenapa aku buat cm2
  • 1st time yamchar n makan besar kat Seoul garden. makan macam orang gila masing2. yang paling x leh lupa ade sorang awek yang sangat cun n seksi meksi senyum kat gua mase gua ngah menterkedarah ngan mami. bapak ah rase cm diawangan ketika 2 . hahhaha

makan mcm orang gila masa ni
 senja di tasik biru kundang

 efi kne cium tiang mase truth or dare

air terjun serendah yang awsome
  • 1st tme g berjimba bersama kawan2 pompuan kat air terjun serendah dengan tasik biru kundang. malam 2 memang happening mase dekat kedai makan dekat area Kundang sebb kitorang buat 'truth or dare' yang sangat awsome. aku paling x leh lupa mami kne buat aksi Hard Gay ket depan are tv ket kedai 2. malam 2 masing2 macam mabuk todi je
  • 1st time join home stay kat NS. masa paling awsome sekali bersama member2. nnt gua post nt tentang home stay ni kalu gua rajin k

p/s: kepada kengkawan sila komen n tambah lagi NOS kita dekat seroja k? 
bnyak gila kita nye nos tp aku da tercicir x sempat tulis

Sunday, February 13, 2011

suka hati no 10 - BM vs BI

hari ahad merupakan hari yang sangat x produktif bagi aku
sedangkan esok ade practicle examination Microbiology
sebenarnya aku xde la idea sangat nk tulis ape ari ni
just for da sake to wasting my precious time in this lovely sunday evening doing nothing
ada satu post terbaru dari TTGB
salah satu blog yang aku rase lagend jugak
die bincangkan paasal masyarakat melayu dengan bahasa penjajah yang kita selalu tuturkan setiap hari
hehhehehehe

ok la stright to da point la senang kan
no need to beat aroud da bush eh
dalam post terbaru Nami TTGB die ade ckp yang masyarakat melayu yang agak meloyakan tekak
iaitu berbahasa penjajah walaupon dengan sebangsa melayu yang makan belacan dan durian
aku sendiri rasekan benda ni sangan menjengkelkan kot
apa kalau kita cakap bahasa melayu kita x 'hip n trendy' ke??
ber 'i'you sedangkan leh guna saya awak lepas 2 buat slang ala2 bimbo kat beverly hills


"hey yooouuuu!!! syaya syangat missh u la syayang.. llong time no see la dear..jom we all go to jamban and continue our chatting2 whiile i berrack2. i have shakit pewot coz i eat sambal belachan 3 bowls this afternoon'' 

WTF!!!
aku paling benci orang melayu yang kulit sawo matang rambut hitam berdarah kacukan jawa dan bugis gatal nak cakap berslang
apakah dengan slang 2 korang rase korang ni bagus n trendy

aku ada terima persoalan yang bertanyakan apakah bahasa yang paling bagus sekali??
bagi diri aku bahasa yang paling bagus ialah bahasa yang majoriti masyarakat memahami n menguasai bahasa itu dengan baik
tugas utama bahasa ialah semata2 untuk menyampaikan maklumat dari satu individu kepada individu atau kumpulan massa yang lain
maklumat hanya dapat disampaikan dengan berkesan jika penerima maklumat memahami maklumat yang hendak disampai kan
kalau dekat malaysia di kampung melayu korang berbahasa melayu la
kalau pergi kedai cina kalau koraang boleh berbahasa mandrin adalah lebih bagus
kalau korang g kedai mamak kalau leh cakap tamil  siala la cakap
tapi kalau korang kuar ngan kawan yang sebangsa dan bercakap bahasa yang sama
kenapa harus merendahkan bahasa melayu dengan bercakap slang mat saleh yaang maha hodoh disamping bimbo english yang sangat menjengkelkan
untuk diri aku secara jujurnya xda masalah kalau hendak berbahasa rojak sekalipun asalkan maklumat dan perbualan 2 sampai maksudnya
tetapi tolonglah hentikan dengan slang mat salleh korang 2 dengan ayat2 bimbo beverly hills

yang kedua aku dapat kesan dalam masyarakat kita ni
perasaan 'holier than thou' ataupon aku lebih bagus dari korang semua sangat menebal
dalam penulisan blog seseorang menulis apa yang beliau rasa dalam hati
dia tak memerlukan penanda kertas perperiksaan bahasa melayu atau english masa dia menulis blog
tolong hentikan menmuat semakan tatabahasa ataupon ejaan posting  bolg orang lain
tak perlu singular or plural, pas or present tense, verb and adjectives
sedangkan Welsh, Irish n Scotsman pon x reti bercakap english waima quuens english sedangkan diorang dalam tahak THE GREAT BRITAIN
kami bukan nk jawab kertas 1119 SPM or MUET mahupon TESOL
kami cuma nak meluahkan apa yang kami rasa untuk kongsi bersama pembaca
kami bukan berlagak dan keras kepala x mahui ditegur
vuma jangan lupa ni blog aku n aku ade kuasa autokrasi utk menerima atau menolak
kalau kita g rumah orang kita tau beradap dengan meghormati tuan rumahkan?
 xde nk tegur2 kenapa hiasan rumah die buruk, kenapa katil senget, kenapa langsir murah.
tapi kalau kita kat blog orang kenap kita nk menghentam tuan punya blog atas apa hasil tulisah dia betol atau salah tatabahasa dan tajwidnya??
x perlu korang menayang yang korang ni lebih terer bahasa dari penulis blog itu sendiri
walaupon korang mmg hebat dalam bidang linguistic mahupon peminat dan pengkaji karya Shakespeare dan Bach please stop it k
kalu nk sangat apa kata korang bukak kelas bahasa kat mana2 n bukak untuk enrollment mana2 budak yang MAHU DENGAN SENDIRI belajar bahasa dengan korang

disini aku bukan nak kondem kepentingan english edukesyen (bak kata usop dalam hantu mak limah)
bahkan aku diantara orang yang x bersetuju PnP sceince n math dalam english dimansuhkan balik
x salah langsung belajar dan menguasai multilinguage ni
jadikan bahasa Inggeris sebagai BAHASA KEDUA dan kuasi hingga mahir
banyak kebaikannnya terutama kalau kita berkerja dengan orang luar yang x berbahasa melayu
tapi pada masa yang sama kita jangan lupa asal usul dan bahasa PERTAMA kita
kita jagan perkosa bahasa melayu dengan slang bodoh mat salleh
mat saleh cakap macm 2 sebb die mmg x tau nk tune lidah utk tutur perkataan bahasa melayu
kita yang melayu ni yang elok2 boleh cakap bahasa melayu kenapa buat mcm 2 kan?
membodohkan diri kita sendiri

dan yang terakhir skli tolonglah hormati tuaan punya blog
kami semua tahu yang anda2 memang hebat dalam bahasa
tapi kami bukan nak amek kertas perperiksaan bahasa
kalau anda semua paham apa yang kami hendak sampaikan
maka tujuan komunikasi dan penyampaian maklumat dah tercapai
x perlu anda semua yang maha bijak bistari
menjadi POLIS BAHASA di laman siber ni
anda boleh menegur tapi jangan menghina
segala komen yang korang bagi aku hargai dan aku cuba improve mana yang kurang
tapi jangan ade sikap 'holier than thou'

p/s: post ni aku xde tujukan kat sesiapa dengan spesifig
just ini response aku bila baca post TTGB Nami ni
peace no war:P




Saturday, February 12, 2011

suka serius no 1- NEGARA DAN KERAJAAN

2010- Tunisia (presiden Ben Alli digulingkan rakyat)
2011- Mesir dan buat pertama kalinye dalam tempoh 30 tahun permerintahan Hosni Mubarrak Mesir
rakyat merhean berjaya menggulingkan borjuis di Bumi Nabi Musa A.S
perkara ni mmg sangat2 mengejutkan dunia kerana berjaya mengulangi kejayaan BOLSHEVIK 1917 di Rusia
menggulingkan permerintah korup setelah berdekad ditindas kaum yang bertopengkan ISLAM sebagai agama rasmi tetapi menindas masyarakat Mesir itu sendiri
manusia yang bagi aku sangat keji hidupnya
ada kekayaan hampir 70 BILLION!!!
tetapi mesir mempunyai kadar kemiskinan hampir 40% warga Mesir
manusia ini jugak yang menutup sempadan Rafah- Mesir masa GAZA di embargo ISRAEL LAKNATULLAH menghalang segala bantuan kemanisiaan kepada saudara kita di GAZA dari sampai ke sana

disini aku nak ucapkan tahniah sangat2 kepada seluruh warga Mesir yang bermandi keringat dan darah utk menyarakan protes mereke kepada diktator ini
selama hampir 3 minggu protes dan hampir 400 nyawa terkorban dan hampir 2 ribu cedera dan berjuta2 doa yang dipanjatkan supaya diktator itu turun dari takhta
dan akhirnya semua permintaan serta doa termakbul sudah
semoga peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada seluruh umat islam


dalam sejarah kita belajar komponen sebuah negara ada 3 :
  1. TANAH
  2. RAKYAT
  3. KEDAULATAN
BERDASARKAN KOMPONEN INI SEBAUAH NEGARA BOLEH TERBENTUK SENDIRI TANPA PERLU ADA KERAJAAN!!


dekat sini aku just ingin sampaikan satu persoalan kepada pembaca
apa yang anda semua paham dengan KERAJAAN??
siapakah kerajaan sebenarnya??
dan apa fungsi kerajaan sebenarnya??
dan yang terakhir mana yang lebih penting dan utama? kerajaan ataupun rakyat??


pada pendapat aku yang cetek dan naif
berbekalkan ilmu KBSM kerajaan BN tentang sejarah Malaysia dan sejarah dunia
aku bileh simpulkan kerajaan ini dalam satu definisi yang mudah aku paham

Kerajaan= rakyat yang berkumpul n bergabung utk membina sebuah negara
contohnye rakyat A ade 1 ekar tanah dan die berpakat dengan 10000 rakyat yang laen utk bergabung dan membina sebuah negara selepas itu mereka melantik seorang ketua untok memimpin negara baru itu
sama ada sebagai raja ataupon presiden
ketua yang dipilih bertujuan untuk memimpin kumpulan rakyat ini supaya kumpulan ini lebih selesa dan selamat dari sebarang bencana dan kebuluran
inilah fundemental kerajaan yang sebenarnya

perkara ini berlaku kepada kita juga pasca kemerdekaan
MALAYSIA ataupon persekutuan Tanah Melayu terbentuk apabila negeri2 di semenanjung dari Perlis sampai ke Johor mahu bergabung membiha sebuah negara Malaysia sekarang
maksudnye rakyat 2 negeri2 bersetuju untuk bergabung membina satu negara bangsa
kemudian melantik TAR sebagai PM pertama

untuk soalan ke dua siapa sebenarnya kerajaan
bagi diri aku RAKYAT= KERAJAAN
kerajaan itu sendiri tidak lebih superior dari rakyat negara itu sendiri
tugas utama kerajaan ialah memudahkan kehidupan rakyat
secara fitrahnya manusia tidak boleh hidup seseorang sebb setiap manusia x mampu nk menyediakan segala keperluan hidupnya sendiri
die memerlukan pertolongan dari kumpulan manusia yang laen utk melengkapkan kekurangan dalam hidup dia
so konsep kerajaan dah wujud dalam DNA manusia itu sendiri
Fitrah kerajaan itu sendiri ialah untuk MEMUDAHKAN DAN MELENGKAPI kehidupan rakyat
bukan UNTUK MENYUSAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT

dan persoalan terakhir mana lebih penting kerajaan ataupon rakyat
jawapan dia kedua2 sama penting
kalau rakyat hidup dalam suatu kerajaan yang lemah dan x stabil maka rakyat sendiri tersiksa
manakala kalau ada sebuah kerajaan yang kuat tetapi rakyat x produktif rakyat juga akan tersiksa
tapi kita jangan lupa tujuan sebenar kerajaan ditubuhkan semata2 hendak memudahkan kehidupan rakyat

realiti sekarang yang kita dapat lihat
kerajaan yang berkuasa menindas rakyat sendiri
mengenakan cukai2 yang x masuk akal dan juga keuntungan negara x dikembalikan kepada rakyat
rakyat berkerja siang malam untuk membina kerajaan tapi kerajaan menyula rakyat dengan undang2 dan cukai2 yang membebankan
SANG KETUA YANG BERPERANAN MEMUDAHKAN AHLI KUMPULANYA (RAKYAT) PULA SUDAH HILANG ARAH DAN MENINDAS MEREKA UTK KESENANGAN DIRINYA

Tapi kini rakyat Tunisia dan Mesir sudah membuka mata dunia
rakyat sudah sedar hak mereka
tidak lebih tinggi darjatya darai rakyat marhean
rakyat mempunyai hak dan kuasa mutlak
suara rakyat adalah suara tertinggi dalam negara
bukan hakim ataupon presiden, perdana menteri mahupon Raja
tetapi rakyat yang mempunyai hak dan kuasa tertinggi
para proleteriat, golongan pertengahan yang menjadi majoriti berkuasa mutlak
bukan para pemerintah yang korup dan mementingkan kronisma

sekarang golongan yang selalu dipuncak sudah merasaai gegaran dari bumi Afrika Utara ini
dari tanah arab sampailah ke eropah semua rakyat dunia membuka mata tentang hak mereka
hak mutlak setiap warga negara x kira layak mengundi atau apa pun
hak asasi setiap warga negara ialah MENUNTUT KEPADA KERAJAAN UNTUK MEMUDAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT!!!!
semua itu hak rakyat dan x ada sesiapa boleh pertikaikan hak asasi rakyat ini
semoga selepas ini kerajaan yang diperintah oleh pemimpin2 sebegini dapat kita ubah kepada satu siatem pemerintahan yang lebih bagus
kalau hendak memimpin sesebuah negara pemimpin itu kena tahu apa tugas utama beliau iaitu MEMUDAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT!!!! BUKAN MEMENUHKAN PERUT SENDIRI DARI HASIL RAKYAT MARHEAN
jika mereka x sedar diri atau dibuai dogma yang mereka akan terus berkuasa sampai mampos
sila la berfikir balik semasak2nyawahai pemimpin atau bakal pemimpin masa hadapan
bak pepatah melayu lama yang kita dengar dari pendekar Melayu terunggul HANG JEBAT iaitu
' RAJA ADIL DISEMBAH, RAJA ZALIM KITA SANGGAH!!'


Friday, February 11, 2011

suka hati no 10 - Musim Exam Mode MERENG

fuuuuuhhh!!!
lama gila aku x meng 'update' blog aku
sampai ade lak memembar dari msia yang komen ko nye blog ni dah mati ke
or ko yang dah mati ( kuang ajo betol sapa yang berkata begitu. kepanda anda aku da maapkan kegampangan mulut anda sebb aku still sayang kat ko:P)
hahahhahha

so sebagai xnk menghampakan permintaan memebr2 aku post la new post ari ni
aku sebenarnye xde idea sangat nak tulis ape
ade yang mintak aku tulis pasal health care la, pasal politik kat mesir la ape la
but aku xde idea nk elaborate benda2 2
AKU BUKAN SEORANG YANG PAKAR BAB HAL EHWAL SEMASA DUNIA


aku x kesah apa yang berlaku sekeliling aku dah
segala2nya disebab kan EXAM  3rd IA n Professional yang MAHA susaha n lama gila nak abes
biase la musim exam yang mcm mengambil separh jiwa aku pergi hilang entah kemana.. cewahhh
bukan aku g stadi sangt pon but xde mood nak buat ape2
kehidupan yang sangat bosan macam hidup dalam limbo ala2 cerita 'Deception'

ari ni terbukak pintu hati aku bukan utk bukan utk study ye tuan2
tp untuk update blog sebb x nak menghampakan permintaan seorang awek dari Pengerang
(macam la content blog aku masuk exam minggu depan ye dok, hahahha)
die mintak aku tulis pasal exam n ape yang aku rase
macam mana kehidupan seorang medical student n ape perasaan aku bila jumpe patient yang macam2 perangai N PERASAAN BILA BERADA DI BUMI INDIA yang indah permai mengalahkan New Zealand ini (sila baca dengan nada sarkastik ye!)

UTK JAWAPAN SOLALAN YANG BERWARNA KUNING
aku xnk tulis benda2 2 sebb aku mahu lari dari masalah exam ni sejauh boleh dari stress exam
aku x mampu nak cope dengan masalah duniawai ini
apatah lagi masalah ukhrawi yang lagi maha berat
aku rase seperti seorang loser dikala musim exam ini
akau nak tinggalkan semua masalah2 pembelajaran n aku nk lari ke sebuah pulau yang aku nk duduk seorang je kat sana
aku nk jadi macam Robinson Crusoe ataupon macam cerita Cast Away
berkawan hanya dengan WILSON waima WILSON sebijik bola sahaja
AKU NK LARI DARI MENGAMBIL EXAM NI
AKU STRESSSS SANGAT2 ye kawan2
aku nk lari dari masalah yang bernama EXAM ini
exam kenaapa engkau sangat menggangu emosi aku hi
kenapa tarikh keramat 18 Mac sangat lama utk kunjung tiba
AKU NK LARI BALIK KE NEGERI HUJAN BATU WALAUPON SEKARANG AKU BERADA DI NEGERI HUJAN EMAS

disini aku nak buat satu pengumuman buat kawan2 yang betanya
" Farid, best sangat ke dok kat India?"
buat kawan2 ni lah jawapan aku utk korang:

I LOVE THE MEGNIFICIENT INDIA!!! PERIOD!!

korang mesti tertanya2 kenapa aku buat statement mcm 2 kan??
ini jawapan aku ye kengkaawan sekalian
dibumi  India yang sangat makmur, aman damai dan udara yang sangat segar
lebih segar dari udara di hutan hujan tropika di Borneo Utara
bersama rakyat2 marhean dan juga burjois yang sama2 berganding bahu
jujur semuanya mereka2 disini
xde rakyat yang miskin
semuanya kaya raya sebb siste permerintahan yang efficient tanpa korupsi seperti di negara aku sendiri
rakyat India semuanya balik2 belaka
tidak pernah menipu sesama manusia n sangat jujur bila menuturkan kata2
sopan santun ramah tamah dan juga sangat22 mementingkan kebersihan
mempunyai perkerti yang baik serta adap dijalan raya yang sangat bersopan santun
pernah sekali moto aku jatuh sampai patah side mirror dan bercalar ekzos
orang yang membuat benda 2 sanggup tunggu dan meminta maaf sambil bersedia memabayar ganti rugi kat aku atas kesalahan sekecil 2
memang pekerti mereka sangat mulia ye rakan2
aaku malu sebb aku xde perkerti semulia mereka

lepas2 adap mereka ketika memandu kenderaan dan menggunakan jalan raya sangat mulia
sangat bersopan santun dan x pernah wujud rase marah waktu aku membawak motor kat India ni
bukan macam dekat negara aku setiap kali aku bawak motor rase sangat x selamat sebb rakyat negara aku sangat2 la kurang ajar mcmam aku berbanding dengan rakyat Magnificent India
sehinggakan aku rase aneh sebb aku merasakan aku sangat kurang hajar dijalan raya
menghorn mereka2 yang sangat bertimbang rasa di jalan raya
pernah kelamarin aku bersama Barbudin nyarai2 melanggar seorang marhean India kerana kami sangat kurang hajar menunggungang motosikal tanpa memperdulikan keselamatan orang laen
selepas pelanggaran mamat India yang sangat baik hati
mujurlah rakyat marhean tu x cedera cuma lutut Barbuddin yang sangat sakit terlanggar tayar motor dia
dia meminta maap dengan sepenuh hati sambil sanggup hendak mambayar medical cost dekat lutut Barbuddin
sebb pekerti mereka sangat tinggi berbanding kami
kali rase sangat segan atas kebaikkan hati seorang rakyat India budiman tersebut

ahhhh!!!
apa peduli kalau lutut kami cedera sebb yang penting rakyat India tercinta selamat dan moga dia panjang umur
sampaaikan Barbuddin rase bersalah sebb tutut dia berlaga dengan tayar motor rakyat marhean India
kami taakot jika pelanggaran lutut membuatkan motor dia rosak
kami sangat rase bersalah dekat dia
kepada mamat budiman tersebut sekali lagi kami berdua ingin MEMOHON MAAP ATAS KEKURANG AJARAN KAMI KETIKA MENUNGGANG MOTOR DI JALAN RAYA INDIA YANG BERSOPAN SANTUN INI
kalau diberi pilihan aaku akan cakap yang INDIA ialah negara yang paling bagus di dunia
segala2nnya PERFECT disini n hampir menjadi UTOPIA bagi diri aku
I LOVE INDIA!!!
JAI HIND!!

p/s: aku harap Barbuddin nye kaki dah elok la
aku rase bersalah kat Barbuddin (SORRY SANGAT2 YE BRO!)
kesian die dapat malang dikala musim exam ni