Sunday, February 20, 2011

suka NOS no 3 - Nostalgia Seroja (1st timer)

 blok umah kafi kalau x silap ni, gamba blog umah aku xde
hahhahahha
taman permainan tempat barbuddin ngan awek2 beliau berdating
SEROJA Bukit Jelutong Shah Alam
tempat yang aku rasa sangat bermakna dalam hidup aku
3 tahun aku hidup dekat bumi shah alam yang mengajar aku banyak benda
persahabatan, kejujuran, dan jugak hidup sebagai orang bujang
kat sini aku nk cerita perkara2 yang significant dalam hidup aku dekat sana
kebanyakkan 1st timer aku berlaku ketika aku di seroja
izinkan hamba menulis dalam point form kerana hamba sangat malas mengarang ayat2 panjang
lenguh jari ooo
hahhahaha


  • 1st day sampai kampus KUTPM (nama lama MSU) dalam hati aku cakap " ni universiti ape macam rumah kedai je ni?? da la warna warni macam tadika PATI kat umah aku je" mode : menyesal gila babag rasenye blah dari UMS
  • 1st time aku kne kencing kaw2 mase orientasi bila dengarlabon datuk sang wira berkepala botak tentang kampus baru MSU yang bakal siap hanya dalam tempoh setahun ( penipu nye dak botak)
  • 1st time jumpe dengan Slash, bus driver kolej - seroja yang maha kerek sebb kalau terrtinggal or lambat seminit pon die blah je
  • 1st time berjumpa n tinggal  bersama Udje, Mami, Barbuddin, Atokken, ngan Aripipiprazole (name ni gua reka sendiri kat Arip eh. sila jgn marah ye hahahha) mode: bole tahan budak2 ni mcm satu kepala je ngan aku. mmg kewl dapat kawan ngan korang sume
  • 1st time aku masak sebagai orang bujang. aku masak kari ayam kalau x silap.selama aku hidup ni jadi tukang kacau gulai kalau mama n opah suruh je or masak sunny side egg je ngan megi. mode: bangga gila mase 2 sebb kari aku edible n xde orang mati bila makan kari aku
  • 1st time belajar dalam rumah kedai dekat annexe n kolej. dont have proper equipment nor fixed time table. mode:rase macam gampang n  menyesal sebb amek course kat KUTPM
  • 1st time aku kne conduct musical theatre. mase 2 mmg rase yang amat gampang skli sebb aku mmg zero foundation in musical art.da la kne lantik jadi director lak. hampeh betol. tapi mase 2 aku rase paling best dalam hidup aku sebb dapat knal kawan2 klas ngan buat sesuatu yang jauh dari norma kehidupan seharian aku
  • 1st semester adalah masa dimana aku x dapat dean list sedangkan 90% dak klas aku dapat dean list. mode: rase diri ni sangat bangang berbanding ngan kawan2 klas yang laen
  • 1st time aku ride moto long distance secara solo dari ipoh ke shah alam dalam hujan lebat sepanjang perjalanan. mase2 aku rase sangat alive ala2 mat rempit  macam Jamal abdillah dalam cerita Azura. mode: kebas gila babi aku nye groin n genital area n 50% populasi sperma aku mati akibat vibration antara seat Honda EX5 dengan tarmac lebuh raya yang maha dahsyat dari 4 jam perjalanan tanpa henti
  • 1st time aku break up dengan awek aku masa 1st year. mode: baru2 belajar bercinta
  • 1st time berpuase secara bujang tanpa juadah berpuase yang sedap2.kaau x silap aku dalam 15 ramadhan baru kitorang buat tradisi makan berbuka dekat masjid bukit jelutong hari2.faiz gemok nye idea kalau x silap bukak puasa kat sana. mode: rindu nk makan kat umah sendiri
  • 1st time bukak puase kat masjid bukit jelutong. terkejut yang makann sangat sedap dan mewah.appetizer makan pizza dominos. gila kentang nye tahap heaven bila bukak puasa kat sana. 
  • 1st time jumpe pakcik lagend bukit jelutong. secepat mana pon kitorang rush nk amek makann judah berbuka puasa pas solat maghrib kitorang x leh challenge die nye kecepatan utk dapat tempat pertama orang yang merasmikan juadah. mode: pakcik ni aku syak die x semayang maghrb jemaah kot. (mintak maap eh pakcik legend sebb aku megumpat pakcik eh. hahhahhaa)
  • 1st time masuk klas Dr Pallavi dan 1st tme aku n da geng jadi target die mase 1st class. gampang betol die 2. emo x tentu pasal. padan muka sebb gua lepas 2 x pernah attend selai pon lab die. hahahh. nasib exam gua pass die nye lab waima x pernah datang n amek kuiz n test die. mode: aku rase die nak jadikan aku jambu die la. haahhahahah
  • 1st time jumpe Yem Rasoool ( lect immuno yang paling serabut skali dalam dunia) tiap2 hari kelas mesti die xnk ikot tie jadual so terpakse ala aku ngan husna kne cari klas kosong n bgtau die supa ya buat klas. nasib baik die 2 jenis baik x emo2 kalau x mesti aku da banned klas die
  • 1st tme pedajal udje masa bday die. kitorang tinggalkan die kat bulatan kayangan dekat kelab selangor pulol 12 tgh mlm. semua ni idea mami tau udje. tp paling LOL sebb mmg real punya udje emosi duduk sorang2 kat situ( detail cerita ni nnt aku cerita kat post akan datang) mode: mintak maap udje
  • 1st time g makan besar kat kdai seri bunga dengan my broda from different mother (geng2 aku la). wajib makn dua dish ( fevret aku megi goreng double dengan telur mata = nasik goreng thai lebih segala2nya). sampai akak seri bunga tu kau tengok muka aku da tau aku nk order ape
konon khusyuk dengar cara2 nk dissect mayat hahhaha
  • 1st timist tie join dissction class kat UKM. pedih gila mata dalam mortuary 2. hahhahahae 
  • makan ais kacang bubble seksyen 2 shah alam. aku paling suka dengan brader indon 2 nye gaya tarik pelanggan "ais kacang panas' hahahha
  • 1st time aku jual minyak kat kolej (literally minyak angin) masa course research project. x sangka aku ade bakat menjual minyak angin sampai ari 2 mmg abes langsai minyak angin yang kiorang jual. kepada geng2 rumah 7jama, ika dengan udje. nice la kita nye usaha sebb jadi most profitable group at that day
  • 1st tme eksiden moto sebb nyaris mengelak anjing hitam dalam terowong gelap mase pagi subuh waktu aku nk balik ipoh dekat highway guthrie. dengan cedera2 sambil moto EX5 aku calar bbalar aku tetap riding sampai ipoh. mase2 mmg tahan je sakit selama 4 jam lebih. mase aku berenti eli air kat hentian rehat, sampai pekerja PLUS tegur aku "eksiden moto ke bang??" sebb tengok baju n seluar aku koyak dan berdarah2
  • 1st time ade hubungan romantika sesama rakan sekelas n hubungan 2 terputus ditengah jalan. mode: bangang betol kenapa aku buat cm2
  • 1st time yamchar n makan besar kat Seoul garden. makan macam orang gila masing2. yang paling x leh lupa ade sorang awek yang sangat cun n seksi meksi senyum kat gua mase gua ngah menterkedarah ngan mami. bapak ah rase cm diawangan ketika 2 . hahhaha

makan mcm orang gila masa ni
 senja di tasik biru kundang

 efi kne cium tiang mase truth or dare

air terjun serendah yang awsome
  • 1st tme g berjimba bersama kawan2 pompuan kat air terjun serendah dengan tasik biru kundang. malam 2 memang happening mase dekat kedai makan dekat area Kundang sebb kitorang buat 'truth or dare' yang sangat awsome. aku paling x leh lupa mami kne buat aksi Hard Gay ket depan are tv ket kedai 2. malam 2 masing2 macam mabuk todi je
  • 1st time join home stay kat NS. masa paling awsome sekali bersama member2. nnt gua post nt tentang home stay ni kalu gua rajin k

p/s: kepada kengkawan sila komen n tambah lagi NOS kita dekat seroja k? 
bnyak gila kita nye nos tp aku da tercicir x sempat tulis

Sunday, February 13, 2011

suka hati no 10 - BM vs BI

hari ahad merupakan hari yang sangat x produktif bagi aku
sedangkan esok ade practicle examination Microbiology
sebenarnya aku xde la idea sangat nk tulis ape ari ni
just for da sake to wasting my precious time in this lovely sunday evening doing nothing
ada satu post terbaru dari TTGB
salah satu blog yang aku rase lagend jugak
die bincangkan paasal masyarakat melayu dengan bahasa penjajah yang kita selalu tuturkan setiap hari
hehhehehehe

ok la stright to da point la senang kan
no need to beat aroud da bush eh
dalam post terbaru Nami TTGB die ade ckp yang masyarakat melayu yang agak meloyakan tekak
iaitu berbahasa penjajah walaupon dengan sebangsa melayu yang makan belacan dan durian
aku sendiri rasekan benda ni sangan menjengkelkan kot
apa kalau kita cakap bahasa melayu kita x 'hip n trendy' ke??
ber 'i'you sedangkan leh guna saya awak lepas 2 buat slang ala2 bimbo kat beverly hills


"hey yooouuuu!!! syaya syangat missh u la syayang.. llong time no see la dear..jom we all go to jamban and continue our chatting2 whiile i berrack2. i have shakit pewot coz i eat sambal belachan 3 bowls this afternoon'' 

WTF!!!
aku paling benci orang melayu yang kulit sawo matang rambut hitam berdarah kacukan jawa dan bugis gatal nak cakap berslang
apakah dengan slang 2 korang rase korang ni bagus n trendy

aku ada terima persoalan yang bertanyakan apakah bahasa yang paling bagus sekali??
bagi diri aku bahasa yang paling bagus ialah bahasa yang majoriti masyarakat memahami n menguasai bahasa itu dengan baik
tugas utama bahasa ialah semata2 untuk menyampaikan maklumat dari satu individu kepada individu atau kumpulan massa yang lain
maklumat hanya dapat disampaikan dengan berkesan jika penerima maklumat memahami maklumat yang hendak disampai kan
kalau dekat malaysia di kampung melayu korang berbahasa melayu la
kalau pergi kedai cina kalau koraang boleh berbahasa mandrin adalah lebih bagus
kalau korang g kedai mamak kalau leh cakap tamil  siala la cakap
tapi kalau korang kuar ngan kawan yang sebangsa dan bercakap bahasa yang sama
kenapa harus merendahkan bahasa melayu dengan bercakap slang mat saleh yaang maha hodoh disamping bimbo english yang sangat menjengkelkan
untuk diri aku secara jujurnya xda masalah kalau hendak berbahasa rojak sekalipun asalkan maklumat dan perbualan 2 sampai maksudnya
tetapi tolonglah hentikan dengan slang mat salleh korang 2 dengan ayat2 bimbo beverly hills

yang kedua aku dapat kesan dalam masyarakat kita ni
perasaan 'holier than thou' ataupon aku lebih bagus dari korang semua sangat menebal
dalam penulisan blog seseorang menulis apa yang beliau rasa dalam hati
dia tak memerlukan penanda kertas perperiksaan bahasa melayu atau english masa dia menulis blog
tolong hentikan menmuat semakan tatabahasa ataupon ejaan posting  bolg orang lain
tak perlu singular or plural, pas or present tense, verb and adjectives
sedangkan Welsh, Irish n Scotsman pon x reti bercakap english waima quuens english sedangkan diorang dalam tahak THE GREAT BRITAIN
kami bukan nk jawab kertas 1119 SPM or MUET mahupon TESOL
kami cuma nak meluahkan apa yang kami rasa untuk kongsi bersama pembaca
kami bukan berlagak dan keras kepala x mahui ditegur
vuma jangan lupa ni blog aku n aku ade kuasa autokrasi utk menerima atau menolak
kalau kita g rumah orang kita tau beradap dengan meghormati tuan rumahkan?
 xde nk tegur2 kenapa hiasan rumah die buruk, kenapa katil senget, kenapa langsir murah.
tapi kalau kita kat blog orang kenap kita nk menghentam tuan punya blog atas apa hasil tulisah dia betol atau salah tatabahasa dan tajwidnya??
x perlu korang menayang yang korang ni lebih terer bahasa dari penulis blog itu sendiri
walaupon korang mmg hebat dalam bidang linguistic mahupon peminat dan pengkaji karya Shakespeare dan Bach please stop it k
kalu nk sangat apa kata korang bukak kelas bahasa kat mana2 n bukak untuk enrollment mana2 budak yang MAHU DENGAN SENDIRI belajar bahasa dengan korang

disini aku bukan nak kondem kepentingan english edukesyen (bak kata usop dalam hantu mak limah)
bahkan aku diantara orang yang x bersetuju PnP sceince n math dalam english dimansuhkan balik
x salah langsung belajar dan menguasai multilinguage ni
jadikan bahasa Inggeris sebagai BAHASA KEDUA dan kuasi hingga mahir
banyak kebaikannnya terutama kalau kita berkerja dengan orang luar yang x berbahasa melayu
tapi pada masa yang sama kita jangan lupa asal usul dan bahasa PERTAMA kita
kita jagan perkosa bahasa melayu dengan slang bodoh mat salleh
mat saleh cakap macm 2 sebb die mmg x tau nk tune lidah utk tutur perkataan bahasa melayu
kita yang melayu ni yang elok2 boleh cakap bahasa melayu kenapa buat mcm 2 kan?
membodohkan diri kita sendiri

dan yang terakhir skli tolonglah hormati tuaan punya blog
kami semua tahu yang anda2 memang hebat dalam bahasa
tapi kami bukan nak amek kertas perperiksaan bahasa
kalau anda semua paham apa yang kami hendak sampaikan
maka tujuan komunikasi dan penyampaian maklumat dah tercapai
x perlu anda semua yang maha bijak bistari
menjadi POLIS BAHASA di laman siber ni
anda boleh menegur tapi jangan menghina
segala komen yang korang bagi aku hargai dan aku cuba improve mana yang kurang
tapi jangan ade sikap 'holier than thou'

p/s: post ni aku xde tujukan kat sesiapa dengan spesifig
just ini response aku bila baca post TTGB Nami ni
peace no war:P




Saturday, February 12, 2011

suka serius no 1- NEGARA DAN KERAJAAN

2010- Tunisia (presiden Ben Alli digulingkan rakyat)
2011- Mesir dan buat pertama kalinye dalam tempoh 30 tahun permerintahan Hosni Mubarrak Mesir
rakyat merhean berjaya menggulingkan borjuis di Bumi Nabi Musa A.S
perkara ni mmg sangat2 mengejutkan dunia kerana berjaya mengulangi kejayaan BOLSHEVIK 1917 di Rusia
menggulingkan permerintah korup setelah berdekad ditindas kaum yang bertopengkan ISLAM sebagai agama rasmi tetapi menindas masyarakat Mesir itu sendiri
manusia yang bagi aku sangat keji hidupnya
ada kekayaan hampir 70 BILLION!!!
tetapi mesir mempunyai kadar kemiskinan hampir 40% warga Mesir
manusia ini jugak yang menutup sempadan Rafah- Mesir masa GAZA di embargo ISRAEL LAKNATULLAH menghalang segala bantuan kemanisiaan kepada saudara kita di GAZA dari sampai ke sana

disini aku nak ucapkan tahniah sangat2 kepada seluruh warga Mesir yang bermandi keringat dan darah utk menyarakan protes mereke kepada diktator ini
selama hampir 3 minggu protes dan hampir 400 nyawa terkorban dan hampir 2 ribu cedera dan berjuta2 doa yang dipanjatkan supaya diktator itu turun dari takhta
dan akhirnya semua permintaan serta doa termakbul sudah
semoga peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada seluruh umat islam


dalam sejarah kita belajar komponen sebuah negara ada 3 :
  1. TANAH
  2. RAKYAT
  3. KEDAULATAN
BERDASARKAN KOMPONEN INI SEBAUAH NEGARA BOLEH TERBENTUK SENDIRI TANPA PERLU ADA KERAJAAN!!


dekat sini aku just ingin sampaikan satu persoalan kepada pembaca
apa yang anda semua paham dengan KERAJAAN??
siapakah kerajaan sebenarnya??
dan apa fungsi kerajaan sebenarnya??
dan yang terakhir mana yang lebih penting dan utama? kerajaan ataupun rakyat??


pada pendapat aku yang cetek dan naif
berbekalkan ilmu KBSM kerajaan BN tentang sejarah Malaysia dan sejarah dunia
aku bileh simpulkan kerajaan ini dalam satu definisi yang mudah aku paham

Kerajaan= rakyat yang berkumpul n bergabung utk membina sebuah negara
contohnye rakyat A ade 1 ekar tanah dan die berpakat dengan 10000 rakyat yang laen utk bergabung dan membina sebuah negara selepas itu mereka melantik seorang ketua untok memimpin negara baru itu
sama ada sebagai raja ataupon presiden
ketua yang dipilih bertujuan untuk memimpin kumpulan rakyat ini supaya kumpulan ini lebih selesa dan selamat dari sebarang bencana dan kebuluran
inilah fundemental kerajaan yang sebenarnya

perkara ini berlaku kepada kita juga pasca kemerdekaan
MALAYSIA ataupon persekutuan Tanah Melayu terbentuk apabila negeri2 di semenanjung dari Perlis sampai ke Johor mahu bergabung membiha sebuah negara Malaysia sekarang
maksudnye rakyat 2 negeri2 bersetuju untuk bergabung membina satu negara bangsa
kemudian melantik TAR sebagai PM pertama

untuk soalan ke dua siapa sebenarnya kerajaan
bagi diri aku RAKYAT= KERAJAAN
kerajaan itu sendiri tidak lebih superior dari rakyat negara itu sendiri
tugas utama kerajaan ialah memudahkan kehidupan rakyat
secara fitrahnya manusia tidak boleh hidup seseorang sebb setiap manusia x mampu nk menyediakan segala keperluan hidupnya sendiri
die memerlukan pertolongan dari kumpulan manusia yang laen utk melengkapkan kekurangan dalam hidup dia
so konsep kerajaan dah wujud dalam DNA manusia itu sendiri
Fitrah kerajaan itu sendiri ialah untuk MEMUDAHKAN DAN MELENGKAPI kehidupan rakyat
bukan UNTUK MENYUSAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT

dan persoalan terakhir mana lebih penting kerajaan ataupon rakyat
jawapan dia kedua2 sama penting
kalau rakyat hidup dalam suatu kerajaan yang lemah dan x stabil maka rakyat sendiri tersiksa
manakala kalau ada sebuah kerajaan yang kuat tetapi rakyat x produktif rakyat juga akan tersiksa
tapi kita jangan lupa tujuan sebenar kerajaan ditubuhkan semata2 hendak memudahkan kehidupan rakyat

realiti sekarang yang kita dapat lihat
kerajaan yang berkuasa menindas rakyat sendiri
mengenakan cukai2 yang x masuk akal dan juga keuntungan negara x dikembalikan kepada rakyat
rakyat berkerja siang malam untuk membina kerajaan tapi kerajaan menyula rakyat dengan undang2 dan cukai2 yang membebankan
SANG KETUA YANG BERPERANAN MEMUDAHKAN AHLI KUMPULANYA (RAKYAT) PULA SUDAH HILANG ARAH DAN MENINDAS MEREKA UTK KESENANGAN DIRINYA

Tapi kini rakyat Tunisia dan Mesir sudah membuka mata dunia
rakyat sudah sedar hak mereka
tidak lebih tinggi darjatya darai rakyat marhean
rakyat mempunyai hak dan kuasa mutlak
suara rakyat adalah suara tertinggi dalam negara
bukan hakim ataupon presiden, perdana menteri mahupon Raja
tetapi rakyat yang mempunyai hak dan kuasa tertinggi
para proleteriat, golongan pertengahan yang menjadi majoriti berkuasa mutlak
bukan para pemerintah yang korup dan mementingkan kronisma

sekarang golongan yang selalu dipuncak sudah merasaai gegaran dari bumi Afrika Utara ini
dari tanah arab sampailah ke eropah semua rakyat dunia membuka mata tentang hak mereka
hak mutlak setiap warga negara x kira layak mengundi atau apa pun
hak asasi setiap warga negara ialah MENUNTUT KEPADA KERAJAAN UNTUK MEMUDAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT!!!!
semua itu hak rakyat dan x ada sesiapa boleh pertikaikan hak asasi rakyat ini
semoga selepas ini kerajaan yang diperintah oleh pemimpin2 sebegini dapat kita ubah kepada satu siatem pemerintahan yang lebih bagus
kalau hendak memimpin sesebuah negara pemimpin itu kena tahu apa tugas utama beliau iaitu MEMUDAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT!!!! BUKAN MEMENUHKAN PERUT SENDIRI DARI HASIL RAKYAT MARHEAN
jika mereka x sedar diri atau dibuai dogma yang mereka akan terus berkuasa sampai mampos
sila la berfikir balik semasak2nyawahai pemimpin atau bakal pemimpin masa hadapan
bak pepatah melayu lama yang kita dengar dari pendekar Melayu terunggul HANG JEBAT iaitu
' RAJA ADIL DISEMBAH, RAJA ZALIM KITA SANGGAH!!'


Friday, February 11, 2011

suka hati no 10 - Musim Exam Mode MERENG

fuuuuuhhh!!!
lama gila aku x meng 'update' blog aku
sampai ade lak memembar dari msia yang komen ko nye blog ni dah mati ke
or ko yang dah mati ( kuang ajo betol sapa yang berkata begitu. kepanda anda aku da maapkan kegampangan mulut anda sebb aku still sayang kat ko:P)
hahahhahha

so sebagai xnk menghampakan permintaan memebr2 aku post la new post ari ni
aku sebenarnye xde idea sangat nak tulis ape
ade yang mintak aku tulis pasal health care la, pasal politik kat mesir la ape la
but aku xde idea nk elaborate benda2 2
AKU BUKAN SEORANG YANG PAKAR BAB HAL EHWAL SEMASA DUNIA


aku x kesah apa yang berlaku sekeliling aku dah
segala2nya disebab kan EXAM  3rd IA n Professional yang MAHA susaha n lama gila nak abes
biase la musim exam yang mcm mengambil separh jiwa aku pergi hilang entah kemana.. cewahhh
bukan aku g stadi sangt pon but xde mood nak buat ape2
kehidupan yang sangat bosan macam hidup dalam limbo ala2 cerita 'Deception'

ari ni terbukak pintu hati aku bukan utk bukan utk study ye tuan2
tp untuk update blog sebb x nak menghampakan permintaan seorang awek dari Pengerang
(macam la content blog aku masuk exam minggu depan ye dok, hahahha)
die mintak aku tulis pasal exam n ape yang aku rase
macam mana kehidupan seorang medical student n ape perasaan aku bila jumpe patient yang macam2 perangai N PERASAAN BILA BERADA DI BUMI INDIA yang indah permai mengalahkan New Zealand ini (sila baca dengan nada sarkastik ye!)

UTK JAWAPAN SOLALAN YANG BERWARNA KUNING
aku xnk tulis benda2 2 sebb aku mahu lari dari masalah exam ni sejauh boleh dari stress exam
aku x mampu nak cope dengan masalah duniawai ini
apatah lagi masalah ukhrawi yang lagi maha berat
aku rase seperti seorang loser dikala musim exam ini
akau nak tinggalkan semua masalah2 pembelajaran n aku nk lari ke sebuah pulau yang aku nk duduk seorang je kat sana
aku nk jadi macam Robinson Crusoe ataupon macam cerita Cast Away
berkawan hanya dengan WILSON waima WILSON sebijik bola sahaja
AKU NK LARI DARI MENGAMBIL EXAM NI
AKU STRESSSS SANGAT2 ye kawan2
aku nk lari dari masalah yang bernama EXAM ini
exam kenaapa engkau sangat menggangu emosi aku hi
kenapa tarikh keramat 18 Mac sangat lama utk kunjung tiba
AKU NK LARI BALIK KE NEGERI HUJAN BATU WALAUPON SEKARANG AKU BERADA DI NEGERI HUJAN EMAS

disini aku nak buat satu pengumuman buat kawan2 yang betanya
" Farid, best sangat ke dok kat India?"
buat kawan2 ni lah jawapan aku utk korang:

I LOVE THE MEGNIFICIENT INDIA!!! PERIOD!!

korang mesti tertanya2 kenapa aku buat statement mcm 2 kan??
ini jawapan aku ye kengkaawan sekalian
dibumi  India yang sangat makmur, aman damai dan udara yang sangat segar
lebih segar dari udara di hutan hujan tropika di Borneo Utara
bersama rakyat2 marhean dan juga burjois yang sama2 berganding bahu
jujur semuanya mereka2 disini
xde rakyat yang miskin
semuanya kaya raya sebb siste permerintahan yang efficient tanpa korupsi seperti di negara aku sendiri
rakyat India semuanya balik2 belaka
tidak pernah menipu sesama manusia n sangat jujur bila menuturkan kata2
sopan santun ramah tamah dan juga sangat22 mementingkan kebersihan
mempunyai perkerti yang baik serta adap dijalan raya yang sangat bersopan santun
pernah sekali moto aku jatuh sampai patah side mirror dan bercalar ekzos
orang yang membuat benda 2 sanggup tunggu dan meminta maaf sambil bersedia memabayar ganti rugi kat aku atas kesalahan sekecil 2
memang pekerti mereka sangat mulia ye rakan2
aaku malu sebb aku xde perkerti semulia mereka

lepas2 adap mereka ketika memandu kenderaan dan menggunakan jalan raya sangat mulia
sangat bersopan santun dan x pernah wujud rase marah waktu aku membawak motor kat India ni
bukan macam dekat negara aku setiap kali aku bawak motor rase sangat x selamat sebb rakyat negara aku sangat2 la kurang ajar mcmam aku berbanding dengan rakyat Magnificent India
sehinggakan aku rase aneh sebb aku merasakan aku sangat kurang hajar dijalan raya
menghorn mereka2 yang sangat bertimbang rasa di jalan raya
pernah kelamarin aku bersama Barbudin nyarai2 melanggar seorang marhean India kerana kami sangat kurang hajar menunggungang motosikal tanpa memperdulikan keselamatan orang laen
selepas pelanggaran mamat India yang sangat baik hati
mujurlah rakyat marhean tu x cedera cuma lutut Barbuddin yang sangat sakit terlanggar tayar motor dia
dia meminta maap dengan sepenuh hati sambil sanggup hendak mambayar medical cost dekat lutut Barbuddin
sebb pekerti mereka sangat tinggi berbanding kami
kali rase sangat segan atas kebaikkan hati seorang rakyat India budiman tersebut

ahhhh!!!
apa peduli kalau lutut kami cedera sebb yang penting rakyat India tercinta selamat dan moga dia panjang umur
sampaaikan Barbuddin rase bersalah sebb tutut dia berlaga dengan tayar motor rakyat marhean India
kami taakot jika pelanggaran lutut membuatkan motor dia rosak
kami sangat rase bersalah dekat dia
kepada mamat budiman tersebut sekali lagi kami berdua ingin MEMOHON MAAP ATAS KEKURANG AJARAN KAMI KETIKA MENUNGGANG MOTOR DI JALAN RAYA INDIA YANG BERSOPAN SANTUN INI
kalau diberi pilihan aaku akan cakap yang INDIA ialah negara yang paling bagus di dunia
segala2nnya PERFECT disini n hampir menjadi UTOPIA bagi diri aku
I LOVE INDIA!!!
JAI HIND!!

p/s: aku harap Barbuddin nye kaki dah elok la
aku rase bersalah kat Barbuddin (SORRY SANGAT2 YE BRO!)
kesian die dapat malang dikala musim exam ni


Thursday, January 27, 2011

suka hati no 9- POST DARI HATI KE HATI

mlm ni terase agak jiwang sikit
dah lama rasenye aku x post something yang datang dari hati
busy sokmo sebb exam yang terlalu gawat n ketat 
hahhahahha

mlm ni agak special sebb aku ade terbaca blog seorang memeber aku la
die post somethg yang agak sweet kepada pakwe die
aku x pernah alami lagi ade orang post pasal diri aku kat blog die. hahhahaha
maklum la lama dah xde org nk care pasal aku kan :P
hahahhaha
( mintak maap kepada sesiape yang terase ye:P)

AKU HARAP MEMBER2 AKU YANG SEDANG BAHAGIA KAN TERUS BAHAGIA BERSAMA PASANGAN MASING2
N MEMBER YANG LONELY SOLDIER BOY PON HEPI BERSAMA MEMBER N HIDUP MASING2 K
X LAMA LAGI KORANG JUMPE JUGAK PASANGAN YANG UNDERSTANDING KAT DIRI KORANG 2 INSYAALLAH

kepada si 'dia'
aku paham yang masa aku nk caring somebody x banyak
denagan exam la, ape la
juga komitmen si 'dia' yang terlalu asyk dengan kerja dia
sampai kadang2 agak terasa jauh antara aku dengan dia
nak contact 2-3 hari pon x sempat rasenye utk spend quality time chatting or calling
walaupon aku sibuk tp aku tetap ingatkan dia sentiasa
hahhahahha
(dah2 hentikan ayat2 jiwang yang sungguh vomit inducing ni)

mlm ni aku bukan nk tulis pasal diri aku sangat
just rase happy dengan perkembangan kawan2 aku yang rapat
diorang semua skang ni majority dah bahagia
dulu single skang dah berpunya ye dok??
sapa sangka jodoh pertemuan 2 sebenrnye x disangka
dari member bertukar kekasih
jodoh 2 kadang2 dekat sangat dengan kita just x jumpe mase awal2 dulu
tp at least jumpe jugak walaupon lewat sikit
dari kekasih menjadi isteri pulak harapnye la

aku teringat perbincangan mase BBQ ari 2
apekah definisi SAYANG, KASIH N CINTA??
aku sampai skang x tau nk bagi definisi 2 secara tepat n padat
susah betol soklan ni
sapa2 leh bagi pendapat n jawapan sila jawab la eh
tp ni bukan ape yang aku nk tulis mlm ni

ok dah abes mukaddimah so aku nk stright to da point la eh
ade orang cakap KAWAN lagi berharga dari KEKASIH
tp ade jugak orang yang sayang kekasih 2 lebih dari segala2nya sampai tolak abes benda2 laen
sampi dosa pahala pon dah x kenal
aku pernah ade somebody yang aku knal
yang membunuh diri sebb ditinggalkan kekasih
sunnguh sedih aku sebb bagi aku die seorang yang baik walaupon kadang kala die 2 clumsy sikit n slalu datang klas lambat
sedih sebb die tinggalkan keluarga die, kawan2 die, orang2 laen yang die sayang semata2 sebb seorang yang die CINTA sedangkan orang 2 dah x sayangkan die dah
sangat x berbaloi kan??

kat sini aku nmpak kadang2 kekasih 2 sendiri menjadi racun dalam hati kita
kita sayangkan seseorang tp pada masa yang sama kita makan hati dengan die
kan paradoks benda2 sebb ape yang kita sayang 2 la yang menjahanmkan diri kita
tp benda2 ni jarang berlaku kepada KAWAN YANG BAIK


bagi aku seorang KAWAN yang BAIK akan sentase bersama kita susah atau senang
walaupon mase yang kita paling down n masa kita paling susah
kawan yang baik tetap ade bersama dengan kita
kawan yang baik ni umpama nasik bagi aku
masa die ade dengan bayaknye contohnye mcm kat msia, kkita x hargai sangat
tp bila kita da ade kat FRANCE yang terkenal dengan gourmet cuisine, kita tetap teringatkan nasik jugak
sebb benda 2 dah jadi sebahagian dari darah daging n diri kita sendiri
walaupon kwan2 kita ni nmpak je mcm haprak, slalu usik2 kan kita
tp masa kita susah diorang tetap ade utk diri kita n support kita sepenuh ati 
masa yang kita paling susah baru kita tau sape sahabat sejati kita ni

disini aku cuba sampaikan kat korang2 yang membaca post ni
termasuk jugak kat diri aku ialah supaya SAYANG la kawan korang
n juga try to HORMATI kawan korang
sayang die dengan cara korang hormati permintaan dan juga benda yang die x suka
kalau die betol2 baik die jugak akan hormati benda2 korang x suka n die x buat

walaupon anda2 sume dah berpunya
aku secara jujur dan ikhlasnye menasihati diri aku sendiri n korang sume
try jgn buang kawan2 korang 2 jauh2 dari idop korang
percayalah kata2 aku yang kekasih ni maybe datang dan pergi mcm air bah kat Klate (jgn marah eh org klate. hehhehe)
tp sahabat baik tetap saje bersama kita walaupon ape yang terjadi kat diri kita
die la yang akan support segala yang kurang dalam idop korang
maybe mase korang ngah bahagia n hepi2 dengan awek or pakwe korang
korang x nampak benda ni sebb mata hati korang dah ditutup dengan si dia
tp percaya la mase korang ngah down or kne rijek kat kawan la tempat korang nk mengadu n mengharapkan support 
jangan sampai mase berkapel korang buang member mcm anjing tp kalu ade pape terjadi korang terhegeh2 nk kawan balik ngan member 2
malu doii buat mcm 2 sebb korang dah ludah jilat balik perbuatan 2
jatuh abes waterface nnt
hahhahaha

kat sini aku nk ckp kat semua member2 aku
aku sangat SAYANG korang semua n harap aku xde la buat ape2 yang menyakitkan hati korang
aku HORMATI korang mcm korang HORMATI  diri aku
pape yang terjadi pon aku sangat2 hargai pengorbanan korang yang orang buat mase aku ngah hepi
n mase aku tengah sangat down korang sangat supportive utk hilangkan sedih aku

n kepada si 'dia'
jgn marah kalau aku sayang member mcm ni
jgn anggap yang sayang member lebih dari si 'dia'
aku tetap sayang si 'dia' jugak
tp cara sayang yang lain la:P

p/s: congrats kat member2 yang agak baik dengan aku yang sudah berumah tangga (adan, yusman, samba)
dan yang akan berumah tangga x lama lagi especially KHALIS (Pak Tam).
moga bila dah kawen nnt x lupa kat member2 k korang sume
hahhahaa




Friday, January 21, 2011

suka NOS no 4 - bercakap ngan abah aku


ni abah aku, dia ckp kat aku,
 ' abah x pernah merase dapat degree janji anak2 dapat rase pakai jubah anak utk degree pon jadi la'
ayat yang aku x leh lupakan sampai skang ni

baru je jap tadi aku bace post latest dari blog tomiodalambukubashir
post latest die bagi aku menarik gilakot
membuatkan aku jadi nostalgia mlm ni
antara kenapa aku rase benda ni menarik sebb benda yang sama pernah berlaku kepada aku
antara aku dengan abah aku kurang rapat suatu masa dulu

aku x tau la pasal orang laen tp bagi aku mase kecik2 n remaja
abah aku seorang yang menakutkan eventho die x pernah tibai aku ke, dera aku ke, ape ke yang teruk2
stakat pukul sikit2 2 biase la ye dok??
akku rase mama aku lagi banyak tibai aku mase kecik2 dl dari abaah aku
but aku takot abah aku dari mama aku
bagi aku  die jeling je cukup buatkan aku kecut perut

maybe sume  benda ni berkaitan dengan trauma yang pernah aku alami mase kecik dengan die
mase aku umur 5 tahun aku pernah buat satu kesalahan tp aku x ingat aku buat ape
die kurung aku dalam bilik air ( ye hukuman aku lame gle. KURUNG DALAM BILIK AIR!!! hahhaha)
aku meraung macam nk gila macam la die nak semelih aku mase 2
tp bila aku dah besa2 ni pk2 blik bodo gle aku rase. hahhahahah
sebb kat bilik air aku selah pintu 2 belah dalam
so senang2 je aku boleh bukak pintu 2
tp despite aaku bukak pintu 2
aku leh lepak dalam bilik air selama sejam sambil menagis
mayb mase 2 aku ni penakut tahap xde telur la kepaada bapak aku
so aku x brani nk sentuh pon pintu bilik air 2
bangang kan aku mase kecik2. hehhehe

bertitik tolak dari kejadian 2 aku rase sangat takot ngan bapak aku
sampai kan kalao aku nak mintak ape2 pon mesti melalui perantaraan mama aku
eventho nk mintak duit beli buku pon aku takot nak gtau kat bapak aku
keadaan ni berlanjutan sampai la aku remaja
bukan maksudnye aku x sayang abah aku tp just x rapat
pernah skali kalau x silap mase darjah 5 kete iswara erobek abah aku eksiden depan skolah aku
mase 2 aku x perasan lagsung kete yang eksiden 2 kete abah aku sebb dah remuk depan belakang sebb kne sandwich dengan lori pasir
mase aku naik mas uncle raj ( drebar bas la. rapat gle kot ngan die sampai dahh besar ni pon kalau jumpe die bawak bas die slalu tegur aku. hahhaha) ckp kete yang eksiden 2 kete bapak aku
sebb ade serpihan plet kete  2 tunjuk ACM 1521. mmg soheh no bapak aku ni
mase 2 aku merambu2 air mata balik umah sebb sedih gle
aku ingat mase 2 aku da jadi anak yatim da
nasib baik la bapak aku cedera ringan je
sedih siot mase 2

berbalik pade cite mase aku teenagers lak hehhehehee
cukup je aku umo 13 tahun bapak aku dah shiped aku ke boarding school
aaku mengaku mase aku f1 aku home sick gle
bayangkan mase2 aku leh nagis2 mase call mama aku mase hari orientasi
ye aku mengaku aku ni mama's boy mase dulu
tp skang ni dah x lagi :P
hahahahhaha
aku leh gayut ngan mama kau dekat 15 min tp aku ckp 5 patah perkataan je ngan abah aku
bayangkan la betapa x rapatnye aku ngan abaha aku
mase aku kat alam shah pernah aku balik berdua dengan abah aku dari ipoh ke kl
sepanjang 2 jam lebih dalam kete aku x berckp sepatah haram ngan abah aku
mmg sepanjang zaman persekolahan aku x rapat lagsung ngan abah aku

sampai la satu ketika yang mengubah segala2nye
mase 2 adalah mase aku dapat result SPM
aku mengaku yang aku ni bukan excellent student pon sejak dari dl
dalam hidup aku aku mmg mangkuk gle math
sepanjang aku f4-f5 aku x pernah pass pon add math
seriously X PASS apatah lagi dapat distinction or kredit
kecuali mase trial SPM n actual SPM (TQ cikgu aini farin ngan cikgu tamilchelvi sebb ajar aku yang magkuk ni)
mase2 result aku x gempak mana pon mcm orang lain
tp aku pass addmath beb
aku pon mcm x percaya sebb aku mmg cuak gle mase jawab exam 2
mmmg bagi aku tahap x boleh buat la
aku siap nazar kalau aku pass apatah lagi dapat A aku nk puasa nazar 3 hari. hahhaa

mase 2 abah aku buat sesuatu yang x pernah die buat sepaanjang aku ingat la
sepanjang idop aku dekat 24 tahun kenangan ni paling aku ingat bersama abah aku
die PELUK aku n ucap CONGRATULATION  sebb pass addmath kat aku
mase 2 aku betol2 stunnedngan perbuatan die 2
rase mcm nak nagis pon ade
tp aku tahan la
xde pasal nk nagis kat foyer skolah depan member2 aku
hahahahhaha

lepas kejadian 2 aku x tau mcm mane aku dah agak rapat ngan abah aku
kitorang slalu je leh sembang hal2 dari pasal politik malaysia , badminton sebab die minat jugak mminton ni n sampai la pasal pompuan
hahhaha
die siap leh bagi aku cara2 nak ayat awek beb (bapak aku mase dulu agak player walaupon die x hensem mana pon. siapa ade awek amoi sexy gila kot mase dulu hahahha)
mayb die dah anggap aku dewasa kot n boleh bawak bersembang bila dah besar ni
ko bayangkan la aku nk rase rapat ngan bapak aku setelah 18 tahun aku hidup
hahahhaha
pathetic jugak aku rase
tapi aku syukur at least aku tau yang die x bencikan aku ( siyesly dulu aku rase die bencikan aku sebb xnk bonding ngan aku)
n juga aku tau die sayangkan aku n adik aku walaupon die agak keras ngan kitorang n x pernak nak zahirkan perasaan 2
pape pon kepada member2 aku yaang rase x raapat ngan bapak diorang
kat sini aku just nak ckp
laki susah nak zahirkan perasaan kat anak terutama anak lelaki
tp yang pasti die tetap sayangkan korang
walaupon die cakap[ 5 patah perkataan je bila die call mcm bapak aku dulu
hehhehhe

p/s: gua rindu lak kat parent gua malm ni. musim2 exam + tgk kabi kushi khabi gham buatkan gua rase sentimental kat diorang la. huk3



Thursday, January 20, 2011

suka hati no 8 - NOTA UTK HAFIZ HASIM

Lepaskan saya - Hafiz

Muhammad Hafiz Hashim membalas pukulan pemain China, Chen Long pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil semalam. Hafiz kalah 14-21, 16-21.


KUALA LUMPUR - Ketika isu peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek belum berkesudahan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima satu lagi tamparan, apabila Muhammad Hafiz Hashim mengumumkan hasrat untuk meninggalkan skuad kebangsaan dan memohon dia dilepaskan.
Kenyataan tersebut hadir selepas kekalahannya kepada pemain China, Chen Long pada pusingan pertama Terbuka Malaysia semalam. Hafiz menegaskan, tindakan untuk keluar BAM tiada kena mengena dengan isu Misbun, mahupun Datuk Lee Chong Wei, yang turut menyuarakan hasrat untuk meninggalkan skuad kebangsaan.
Katanya, hasratnya itu sudah disuarakan kepada Setiausaha BAM, Ng Chin Chai hujung bulan lalu, namun sehingga hari ini BAM tidak memberi sebarang kata putus.
Ditanya punca dia mahu keluar dari BAM, Hafiz menjelaskan: "Saya perlu melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah prestasi saya yang semakin teruk, saya tidak boleh meningkat lagi di BAM walaupun sudah lama di sana.
"Keluar dari BAM antara usaha untuk menyelamatkan karier. Sampai bila saya hanya boleh melihat permainan saya statik? Saya kena melakukan sesuatu, saya kena cuba perkara baru.
"Sama ada saya akan berjaya atau tidak di luar sana, ia bergantung kepada diri saya sendiri. Selagi saya berada dalam skuad kebangsaan dan tidak menunjukkan prestasi baik, orang akan mencemuh saya dan berkata, 'mengapa masih hendak kekalkan dia sedangkan dia tidak bagus."
Menurutnya, memandangkan dia masih mempunyai kontrak dengan BAM sehingga Sukan Olimpik 2012, dia tidak boleh meninggalkan BAM tanpa keizinan, kerana ia mengundang risiko kepada kariernya.
Dia mengakui, antara padah yang mungkin menanti adalah digantung daripada bertanding antarabangsa dan pada usia 29 tahun jika itu berlaku, ia sama seperti 'membunuh' kariernya.
Justeru, Hafiz merayu kepada BAM agar melepaskannya untuk bergerak bebas.
"Saya rasa tiada guna BAM mengekalkan saya kerana permainan saya bukan semakin bagus, saya bukan pemain muda yang berusia 21 tahun. Kalau saya pergi, pemain pelapis juga ada peluang yang lebih bagus untuk mendapat banyak kepercayaan,'' katanya.

aku rase rage +  nak tergelak dengan statement ni
nak menyelamatkan karier konon, permainan x berkembang kalo kat BAM la, ape la
pooooraaaahhhhh!!!
kamon la bro, jagan lu nk temberang 1malaysia la
lu tau x ape masalah lu lepas menang all england '06 dl bro??
lu jadi COCKY N LAZY ASSSS!!!!!
LU JUGAK STILL DELUSIONAL YANG LU NI STILL CHAMP

satu malaysia tgl lu main mcm mana der..
beza gila masa pra champ all england n pasca champ all england
aku bukan la nak megutok sesedap rasa n seseuka hati walaupon blog ni nama die suka hati aku nk tulis apa
sebagai seorang peminant gua rae gua ade nak nk mengkritik kn
kalau lu x nak dengr kritikan mmg lu tahap BEBAL N BODO SOMBONG LA ye dok??
just gua rase bengang dengan taham permainan lu
lu ade pakej lengkap bro
lu tinggi, kurus, badan sedap, muka jambu.. tp sayangnye lu main2 mase kat atas corut bro
lu xde soul mase main badminton, lu macam robot xde jiwa amse main badminton
apa masalah lu main mcm robot??
lu terpaksa sangat ke nak main benda ni??
kalau lu x suka buat ape lu masuk team MALAYSIA??
baik lu lepas kat orang2 yang semngt even die x power
sebb skill boleh developed but soul cannot being created
lu dah menghancurkan hati gua la der.......
sob3
 
lu tau x badminton ni sukan fevret gua utk mennton kat tv
walaupon die x glemer n ramai orang rase die sux ass tp gua minat
lagi fevret badminton dari bola sepak
tapi cara lu main membuatkan gua rase menyampah bila tgk lu wakil MALAYSIA kat mana2 open matches or big game
bila gua tgk lu sebagai perseorangan ke 2 gua dah tau msia mst kalah sebb lu main macam haram
sanggup lagi gua tengaok wakil NIGERIA lawan chong wei dari lu
at least walaupon die tau die xde harapan nk menang tp die main semngat
ni lu lawan single tah mana2 kepala bana punya negara pon lu kne titik
sedih gua tgk keadaan mcm ni

bro...
gua nk mintak kat lu sebagai peminat badminton malaysia
sila la lu bersara dari arena badminton ni kalau lu teruskan dengan attitude main2 atas court ni
gua dah muak dengan orang x semangat nak main
why should gua semangat nak sokong lu main ye dak??
langkah lu utk kluar dari BAM adalah sangat bangus bro
at least xde la membazirkan diut persatuan membela lu yang pemalas ni
mengabehkan boreh jo 
nn jugak bagi peluang budak2 pelapis yang baru naik nak tunjik bakat
ni aleh lu, chong wei je masuk open
bila budak2 ni nak dapat experiance ye dok??
hhahahhaa

bro gua sebenrnye frust kat ko
gua la mamat baling hepi bila lu menang all england '06
da la lu orang melayu satu2 nye yang wakil malaysia dapat masuk semifinal
mase 2 gua rase badminton malaysia dah berkembang pesat
mantap dah gandingan 3 perseorangan, lu , chong wei n choong hann
tapi apakan daya gua nye impian x tercapai
lu dah mula bersikap diva atas court n perasan bagus
mental lu x kuat la bro 2 yang gua kesal

mcm ni la brogua bagi suggestion utk lu
kalau lu nka being pro n jadikan badminton periuk nasik lu
lu kne ubah sikap diva lu ats court
stop beng lazy ass der, please k
rajin sikit kejar shuttle n jugak semngat sikit bila main
if lu ubah this kriptinytte from ur self gua rase lu leh beat mana2 player
even chong wei or lin dan

ok 2 je la ape gua nk story kat lu der
hope lu berubah n jugak lu da x lagi dibuat delusion yang u ni still champ all england
hope the best from u mr hafiz
harap nnt bila lu dah jadi pro n x terikat ngan BAM lu bertambah power k
slamat maju jaya